Monday, January 31, 2011

15 Fakta Ringkas Mengenai Rheumatoid Arthritis..huhuhu

Sy tergerak nak post tentang penyakit ini as i'm suspected to have this kind of penyakit..jom check.........

RHEUMATOID ARTHRITIS, atau biasa dikenali dengan ‘rheumatism’ merupakan suatu penyakit yang mana sistem pertahanan badan menyerang bahagian sendi menyebabkan keradangan pada membran sinovial. Ini menyebabkan rasa sakit, bengkak dan kekejangan pada sendi.

Fakta 1: Penyakit ini dihidapi oleh kebanyakan penduduk di dunia tanpa mengira faktor geografi dan bangsa. Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira tiga daripada lima ratus penduduknya menghidap penyakit ini.

Fakta 2: Biasanya penyakit ini banyak dideritai wanita berbanding lelaki dengan nisbah 3:1 walaupun mereka tidak mengalami gejala yang lebih serius berbanding lelaki. Biasanya, penyakit ini kerap dikesan pada wanita yang hamil.

Fakta 3: Penyakit ini tidak terhad pada had umur tertentu. Namun, gejala penyakit ini biasanya dikesan pada individu yang berusia antara 30 ke 60 tahun.

Fakta 4: Rheumatoid arthritis biasanya menyerang sendi secara simetri.

Fakta 5: Kerosakan sendi boleh berlaku meskipun hanya tanda-tanda kecil dikesan pada peringkat awal.

Fakta 6: Kondisi penyakit rheumatoid arthritis yang kronik boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan sendi yang kekal.

Fakta 7: Punca penyakit ini masih tidak diketahui. Namun, saintis percaya faktor-faktor seperti hormon, genetik, jantina, jangkitan virus, tekanan mental dan tindak balas pertahanan badan boleh menyumbang kepada penyakit ini.

Fakta 8: Faktor genetik memainkan peranan dalam perkembangan penyakit ini pada pesakit yang berisiko. Namun, penghidap biasanya tidak memiliki ahli keluarga yang menghidapinya.

Fakta 9: Pesakit biasanya tidak mengendahkan tanda-tanda awal kerana menyangka kesakitan yang mereka alami hanyalah sakit sendi biasa. Mereka hanya mula mendapatkan rawatan setelah penyakit ini menjadi lebih serius.

Fakta 10: Penyakit-penyakit seperti osteoarthritis, gout, fibromyalgia (penyakit otot yang dijelmakan dalam bentuk kekejangan, keletihan dan kesakitan pada otot), systemic lupus erythematosus (sejenis radang pada tisu badan) atau radang sendi yang berpunca daripada jangkitan seringkali disalah anggap sebagai rheumatoid arthritis. Hal ini biasanya berpunca daripada kesukaran pesakit dalam menjelaskan kesakitan yang mereka alami kepada doktor.

Fakta 11: Purata masa yang diambil bagi mengesahkan penyakit ini adalah sembilan bulan selepas faktor-faktor awal mula dikesan.

Fakta 12: Penyakit ini dapat dipastikan sekiranya empat daripada tujuh faktor berikut ditemukan dalam pesakit:
a) kekejangan yang berlarutan selama lebih sejam pada waktu pagi.
b) radang pada lebih tiga sendi.
c) radang pada sendi tangan.
d) pergerakan bilateral.
e) faktor rheumatoid yang positif dalam ujian darah.
f) rheumatoid nodules.
g) imej dan bukti x-ray.

Fakta 13: ‘Faktor rheumatoid’ (rheumatoid factor – RF) ditemukan dalam darah 80% pesakit menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit ini.

Fakta 14: Bagi penghidap penyakit ini, ia merupakan suatu penyakit progresif yang memerlukan penjagaan, pengawalan dan rawatan yang wajar. Sebahagian daripada mereka menghidapnya dengan gejala sederhana dan berkembang dalam masa yang perlahan dan ada juga pesakit yang menderita kesakitan yang serius yang memerlukan rawatan rapi.

Fakta 15: Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penahan sakit seperti aspirin dan ubat anti-radang tanpa steroid (non-steroidal anti-inflammatory drug – NSAID). Selain itu, pesakit juga diminta memperbanyakkan rehat, menjalani terapi fizikal dan senaman khusus. Penggunaan haba yang terkawal juga diaplikasikan dalam rawatan penyakit ini. Pada peringkat yang serius pula, doktor mungkin akan mempertimbangkan prosedur apheresis; atau penyingkiran antibodi daripada badan. Pembedahan penggantian sendi yang terjejas juga mungkin dilakukan sebagai pilihan terakhir.

Pengesanan pada peringkat awal mungkin dapat memberikan kesan yang lebih baik dan mengelakkan gejala yang lebih serius. Walaupun demikian, pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Justeru, sahabat-sahabat sekalian disaran agar menjalani aktiviti hidup yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman dengan kerap dan menjaga kesihatan mental. Janganlah nanti sudah terantuk baru tergadah. Hargai dan syukurilah nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Gunakan waktu yang sihat ini untuk mencari lebih banyak ilmu, memperbanyak amalan dan ibadat kepadaNya...

No comments:

Post a Comment