1st of all, sorry guys klu post ni menyinggung hati n perasaan korg yg membaca k!!just found out this interesting article n as usual want to share it...lagipon ini utk ingatan saya jugak...jujurnya...sy hanyala hambaNya yg penuh dgn kekurangan...ok, let's read.. :)
MENGENANG tahun 80-an lalu, memang tidak ramai wanita bertudung. Bagi yang berani bertudung, terpaksa tabah melalui cabaran besar. Cabaran utama ialah menjadi bahan umpatan
masyarakat. Paling popular waktu itu wanita bertudung dikatakan berkepala botak, menghadapi masalah rambut gugur. Wanita bertudung juga dikaitkan dengan hantu atau pengamal ilmu salah. Mungkin masih ada yang ingat fenomena hantu
KUM-KUM!
Bertudung juga dituduh fanatik, sesat dan ketinggalan zaman. Begitulah kejahilan awal masyarakat tentang kewajiban menutup aurat. Rasanya sekarang tidak lagi. Namun bertudung waktu itu umpama pemelihara tingkah laku wanita secara tidak langsung.
Wanita bertudung waktu itu: (80-an - awal 90-an)
1. Terlalu sedikit jumlahnya.
2. Bertudung kerana sudah tahu hukum.
3. Lebih menjaga tingkah lakunya.
4. Jika dahulu dia bergaul bebas dengan lelaki,apabila sudah bertudung, dia mula menjaga tatasusila lelaki dan perempuan mengikut Islam.
5. Memakai baju yang labuh dan longgar saja.
6. Tidak lagi menghadiri parti-parti harijadi yangpada zaman itu cukup popular dan menjadi arah aliran. Kebanyakan parti waktu itu lengkap mengundang band dan ada pesta tari menari.
7. Lebih cenderung mendalami ilmu Islam.
8. Tutur kata semakin lembut dan lunak, bibir tersenyum sebagai sedekah sesama muslim.
9. Wanita bertudung sangat dihormati lelaki. Hendak dekat pun mereka risau. Maruah wanita bertudung terlalu tinggi.
10. Amat menjaga solatnya.
Wanita bertudung alaf baru:
1. Terlalu ramai jumlahnya malah lebih ramai daripada yang tidak bertudung. Alhamdulillah!
2. Tetapi bertudung kerana ia uniform sekolah.
3. Tetap berfesyen sakan walau bertudung. Fesyen nampak perut dan seluar dalam juga tidak terkecuali. Prinsipnya, kepala mesti tutup, nampak buah dada atau montoknya punggung? Itu no hal!
4. Walau bertudung, tingkah laku seperti rockers dan terkinja-kinja menari ketika menyaksi konsert merdeka atau tahun baru bukanlah halangan. Ada yang siap dijulang-julang lagi oleh teman lelaki sewaktu menyaksi pertunjukan bunga api di KLCC.
5. Bukan mahram berpegangan tangan, berasmara di taman rekreasi juga perkara biasa bagi wanita bertudung sekarang.
6. Lelaki pun tidak menghormati wanita bertudung lagi. Bukan setakat dekat, mereka bertepuk bertampar dengan wanita bertudung. Ramai yang berzina dengan wanita bertudung. Maruah wanita bertudung kini di tapak kaki.
7. Kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Bertudung mengikut mood dan majlis.
8. Bersolat pun seperti di atas... .
hmm..how's is it?? I do admit yg I pon doing the same things to..so, slowly we change yah!!
No comments:
Post a Comment